To coincide with my long break in Malaysia – This article is written in the Malay language for my Malaysian readers. More articles in English is on its way. Stay tuned.
Barracuda school, Sipadan by Jared Kelly
Aku memang dah lama nak buat post terbaru ini. Walaupon aku sebenarnya sudah travel ke banyak negara, aku sebenarnya berasa teramat malu dengan diri sendiri sebab negara sendiri pon aku tak cover lagi. Cuba tengok list di bawah:
1. Taman Negara – Pahang
2. Pangkor, Perhentian, Tioman
3. Ipoh
4. Seremban
5. Kangar
6. Balik Pulau
7. Sabah
8. Sarawak
9. Labuan
10. ehh..banyak lagilah!
Yeaaa..senarai di atas merupakan senarai tempat2 yang aku tak pernah pergi..Senarai kat atas ni sangat general. Tengok tuh, Sabah & Sarawak pon aku tak pernah jejak. Padahal, banyak tempat yang menarik di sebelah sana. Tempat nombor 10 tuh yang aku paling risau. You might say who cares? But hell yes I do!
Kenapa? Malaysia ni terok sangat ker?
Ohh..tidak. Kalau ikutkan data daripada Perbadanan Pelancongan Dunia, Malaysia merupakan antara Top 10 Most Visited Countries in the world. Itu saja dah cukup menunjukkan negara kita ni sangat popular di mata luar sebab banyak sangat tempat yang unique. Memang ramai rakan-rakan di luar bertanyakan soalan ini “I’m planning to go to Malaysia, can you recommend me places I should go?” Aku jawab “Yes, there’s plenty of places to go – what do you like? cities? natural beauty? islands? shopping? cultural? You name it and I’ll tell you”
Fuhhh..ke main lagi jawab kat mat salleh. Tetapi dalam hati, terasa kesal dan malu..sebab semua tempat ini aku tahu tapi tak pernah pergi!”
Malaysia sangat unique, tak ader negara lain yang boleh lawan!
Kalau ikutkan pengalaman melancong aku yang terhad ini, sebenarnya tidak ada negara lain yang pernah aku visit yang as diverse and as unique as our very own beloved country. In fact aku sendiri cakap camni dekat mat salleh2 di UK. Cuba lihat ciri-ciri di bawah:
1. Rakyat paling diverse di dunia
Ada tak negara lain yang rakyatnya se-diverse Malaysia? America? Tidak. UK? Tidak. Australia? Tidak..Tidak..TIDAK.. Di Malaysia sahajala kita bole tengok betapa besarnya bilangan kaum yang hidup aman damai. Tengok saja statistik penduduk Malaysia tahun 2010 – Bangsa Melayu – 50%, Cina 23%, India 7% dan bumiputra yang lain 10%. Kalau di UK, hanya 8% jumlah penduduknya bukan berkulit putih – jangan salah anggap, aku bukan rascist yer – I hate racism. So aku tersangat bangga dengan Malaysia ini. Malahan mat salleh dekat sana pon terkejut cam mana kita boleh hidup sebegini damai. Walaupon kita belum semaju negara-negara Barat, tetapi Malaysia tersangat maju dari segi adaptability dan stability.
2. Bak kata omputih – cuaca yang ‘paradise’
Memanglah di malaysia ini senang sangat untuk berpeluh (or ni mungkn aku saja), tapi tak boleh compare dengan Europe langsung. Aku berasa bersyukur that I’m not stucked in the cold and damp British winter. Tmbah pulak dengan anginnya yang tersangat kuat. Cuaca kat Malaysia ni kiranya best. Omputih selalu dengki dengan cuaca negara kita yang dikatakan sebagai ‘Paradise’. Tak perlu aku pakai berlapis-lapis pastu jalan laju-laju macam nak berlari sebab nak panaskan badan.
3. Attractions yang lagi diverse
Memanglah dekat London dan NY, culturalnya tinggi, New Zealand natural beautynya amat menakjubkan, tetapi tak banyak negara yang tempat pelancongannya agak lengkap. Hanya di Malaysia, variety makanannya besar, sedap dan murah pulak tuh. Negara kita punya natural attractions pon besar jugak. Mana lagi tempat yang ada gua terbesar di dunia (Niah), hutan hujan tertua di dunia (Taman Negara Pahang), one of the best diving spots in the world (Sipadan), gunung tertinggi di Asia Tenggara (Kinabalu) dan pulau-pulau yang menakjubkan.
4. Orang Malaysia terer speaking
Tambahan pula, hampir semua penduduk Malaysia boleh bercakap English walaupun sedikit. Sebab tu ramai suka melawat Malaysia – mudah dan senang. Sebenarnya, lebih senang untuk berkomunikasi di Malaysia berbanding di negara Europe yang lain seperti Italy dan Spain. Banyak orang luar cakap dekat aku camtu.
Pandai jer engkau cakap…mau cakap mau bikin
Memang senang untuk aku menulis macam ni. Sudah pergi ke banyak negara bolela cakap..sudah boring ker? Apsal engkau tak buat sendiri? Itulah persoalan yang pasti timbul. The reason why aku banyak melancong ke luar negara adalah disebabkan setakat ini aku punya base adalah di London. Bak kata orang, ambillah semua peluang yang ada bila merantau ke negara orang. Biler dah balik Malaysia nanti lagi susah dan mahal untuk ke Europe balik. Kan? Besides, kadang-kadang ni travel ke Europe lebih murah daripada travelling within the UK sendiri. Yang ini adalah hakikat yang mungkin mengejutkan ramai. Contohnya, ticket kapal terbang aku beli untuk ke Sarajevo, Bosnia lebih murah daripada ticket train dari London ke Manchester.
Adalah menjadi impian aku untuk menawan Gunung Kinabalu satu hari nanti. Photo credit – myzulkefli
Kesimpulannya
Janganlah risau kalau tak pernah dapat / kurang opportunity untuk melancong ke luar negara lagi. Kalau tengok dekat dictionary pon maksud travel – to go from one place to another. Mana ada ditulis pergi oversea? Bak kata orang, Travel starts from your backyard. Malaysia sendiri ada banyak tempat yang boleh di cover dahulu. Percayalah, omputih di negara Barat semuanya dengki dengan variation tempat yang ada di Malaysia ni. Kalau ini negara mereka sendiri, percayalah diorang pon akan menikmati segala attraction yang ada di Malaysia ini dengan sepenuhnya.
“A wise traveler never despises his own country.” – Carlo Goldoni
Lastly, aku nak mintak tolong korang! Apakah 3 tempat yang perlu aku cover di Malaysia?
Memandangkan aku masih berada di Malaysia, apa kata korang tolong aku untuk pilih 3 tempat yang perlu aku cover di Malaysia mengikut keutamaan. Jikalau berpeluang, memang aku nak explore Malaysia sedikit sebanyak. As a starting point, I’ll be out there discovering my own backyard – Selangor with #TSDayOut. Our first trip has been to Broga Hill. Kerjasama anda amat saya alu-alukan!
(skema betol ayat BM aku)




35 comments
shz says:
Dec 19, 2011
Yeah. Shame on you. At least aku penah la gak pi Pangkoq. HAHAHA
Amer says:
Dec 19, 2011
tula pasal..aku rasa aku tak pi langkawi lama jugak kalo tak pi ngan korang! hahah..buat malu ajer
Anonymous says:
Dec 19, 2011
g sabah best giler…especially pulau2 kat sana…cubalah g….
Amer says:
Dec 19, 2011
nanti kena pergi. Banyak tempat-tempat best dekat Sabah. Rasanya seminggu pon tak cukup nak buat benda-benda basic
Shakirah says:
Dec 19, 2011
1) Sabah: Climb Mt. Kinabalu, island hopping (jetty at KK), white water rafting at Sg. Padas or Kiulu
2) Tganu/Pahang Islands: Perhentian/Redang/Tioman are the big ones. Lang Tengah small & nice, less people. Tenggol for diving.
3) Perak: Caving at Gua Tempurung and wwr at Sg. Kampar
Amer says:
Dec 20, 2011
Thanks Shakirah. That is a great list. Kinabalu has long been on my list so as the Terengganu Islands. Have only been to Kapas once. Never managed to explore Perak yet though, so that’ll be interesting to see.
Shakirah says:
Dec 20, 2011
Oh yeah one more, hiking at Bukit Tabur, nearby Taman Melawati. My favorite. Mix of easy trails and steep hikes, and some rock climbing. Nice view of the Klang Gates Dam and KL skyline and beyond (when there’s no overcast or air pollution). Its also the oldest quartz ridge in the world (according to my geologist friend).
Amer says:
Dec 21, 2011
cool! That sounds nearer to home! Might try it soon. Thanks for the reccommendation
Kirah Kahar says:
Dec 21, 2011
No prob. Although for first timers, its highly advisable to go with someone who has hiked Bukit Tabur before. The starting point is rather secluded and the trek can be a little intimidating for first timers, especially the rock climbing part and the place where you have to use a rope to swing between two quartz hills. A couple of years ago two doctors died here. But with that said, I still love to hike here, just have to be extra careful la, baca doa banyak2 hehe. More info here.
http://lilianw-frends.blogspot.com/2009/03/tragedy-at-bukit-tabur.html
http://bukittabur.blogspot.com/2009/04/bukit-tabur-west.html
Amer says:
Dec 22, 2011
Thanks for the recommendation below. I’ve googled up the place and it does look stunning. The view of the dam is just inspiring. I’ve checked the website you’ve listed. It’s definitely a good read – worth reading before going there. Thanks for sharing!
Z says:
Dec 19, 2011
Semalam, dalam Maksima (Ahad – TV3 – 6pm) tunjuk Kota Kinabalu. Hujung minggu ni masih tentang Sabah juga. Bolehlah tonton nanti (kalau tak terlupa).
3 tempat yang perlu di cover? Sabah, Sarawak dan Taman Negara. Saya pun tak sampai lagi tempat-tempat tu semua sebenarnya. Dua tiga tahun kebelakangan ni, TV banyak tunjuk rancangan pasal travel (3 Hari 2 Malam, Maksima, Destinasi Bajet, Makan Angin). Semua rancangan tu mesti cover Sabah, Sarawak dan Taman Negara.
Amer says:
Dec 20, 2011
Hi Z, tak tau pulak ada banyak rancangan melancong skarang ni – pernah tengok pon Destinasi Bajet ajer. Nanti one day bolela tengok yang lain. Nampaknya orang Malaysia kena pergi Sabah dan Sarawak
Dania says:
Dec 19, 2011
Pulau Bidong, Terengganu is a must. One of Malaysia’s less known jewels .. with quite a bit of history too! Beautiful blue sea to boot
Amer says:
Dec 20, 2011
Hi Dania, thanks for your visit. I’ve never heard of Pulau Bidong, so that’s great to know – despite my dad’s side are from Terengganu. I thought there’s only 4 islands in the state. Have been to Kapas once and it was awesome. Though too bad they’re closed during the monsoon season.
byya@Traveller Anatomy says:
Dec 20, 2011
U can start off with KL Heritage Walk. When I did it early this year with foreign friends, I realized I know very little about KL and felt ashamed of myself. We even got lost a bit! And there are actually many great scene to capture also since u like photography.
I sgt recommend Gunung Kinabalu however U kena book accommodation at least 6 mths prior climbing date. If u want more adventurous activity, do via ferrata descending from the summit. U never regret doing it.
Taman Negara is a must. I’m aiming for Mulu National Park next year.
Amer says:
Dec 21, 2011
KL Heritage Walk? wow have never heard about it. Might do it next week with my friends from the UK. Thanks for the info!
Andrew Graeme Gould says:
Dec 21, 2011
I don’t understand a word, but with beautiful images like these, that’s enough!
Amer says:
Dec 21, 2011
Azizan Zolkipli says:
Dec 21, 2011
As Salam Amer.
Walaupun semua senarai tu nampak agak kelakar (bagi saya lah), tapi sekurang2nya kamu mempunyai satu kesedaran dan itulah semangat yang saya mahukan ! biar ‘global’, tapi pada masa yang sama ‘glokal’ juga ( :
jikalau ada apa2 nak tanya pasal lokasi pelancongan tempatan, hanya email sahaja & saya sangat teruja untuk menolong kamu. Wassalam …
p/s: Kau balik bercuti berapa lama beb ? Boleh aku cadangkan tempat mana boleh dilawati …
Amer says:
Dec 22, 2011
haha..Azizan, memang kelakar pon list tuh..sebab tu aku nak share ngan korang..I mean siapa akan letak tempat macam Seremban dalam list tempat kena pergi melawat? no offence to Seremban, tapi Seremban tuh tempat untuk hidup lebih daripada tempat melawat. Tapi in the end aku mungkin biased giler. Aku suka aspek glokal tuh. Mmg penting. Thanks for the offer. Nanti aku email kau.
kyh says:
Dec 22, 2011
ok confession time… i x pernah g redang, perhentian, and east malaysia yikes!
would love to visit sipadan and hike mt kinabalu one day! need to accomplish these b4 i hit 30.
)
btw.. kinabalu is actually the 10th tallest peak in southeast asia.
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Southeast_Asian_mountains
Amer says:
Dec 22, 2011
KYH, don’t worry, I’ve never been to the islands you’ve mentioned plus Sipadan and Kinabalu too. I’m making this as my New Year’s resolution! By the way, thanks for the info on Mount Kinabalu. I’ve always remembered the highest point fact as mentioned by Tourism Malaysia like 10 years ago when I was still going on about Kinabalu.
kyh says:
Dec 22, 2011
the fact is the tourism malaysia is still promoting kinabalu as the tallest in SEA! lol. they srsly need to update their information and not mislead the public!
Amer says:
Dec 22, 2011
yup..i think so too..
Asmara says:
Dec 27, 2011
Wow! Kagum sangat dgn orang yg berjaya ambik gambar masa kat puncak Mt Kinabalu. Sampai je atas kaki tangan semua kebas, haram tak boleh pegang camera. Rasa nak pergi lagi
Amer says:
Dec 27, 2011
haha..yer ker! Betol jugak tuh. Nanti kena test kalau dapat chance untuk panjat!
Meitzeu says:
Jan 12, 2012
“A wise traveler never despises his own country.” – Carlo Goldoni
I do support his words and I do travel within Malaysia too!!
loving it very much, I haven’t visited all the states though, but anyhow, someday.
Maybe you would like to know more about Sabah
Do check out my travelogue – http://withinmeitzeu.blogspot.com/p/my-travelogy.html
Diana Diane Teo says:
Jan 17, 2012
Seriously bah? From the list above, you haven’t been yet? Couldn’t been. I wouldn’t believe leh. The place that I haven’t been are Taman Negara, Pangkor and Balik Pulau. But even a Sabahan like me, also not yet climb Mount Kinabalu because my family not allow me to do even thought I was being sponsored
.
I can see most of your readers love Sabah and I am truly agree with them. I visited most of the state except for Kelantan and Pahang, I think Sabah (my own hometown) still the best. Wohahaha
Amer says:
Feb 7, 2012
yup ;-P I still do believe that Sabah is the best state in Malaysia! Urgently need to make my way there
OrangKita says:
Jan 22, 2012
Salam Amir,
Walaupun dah terlambat nak suggest kat hang, mana tau berguna utk masa hadapan.
Cuba hang pergi Taman Negara Mulu, Sarawak. Pergi tgk PINNACLES. Sangat mengagumkan!!! Tak caya Cuba google imageS sat…
Cheers…
Amer says:
Feb 7, 2012
Thanks! Aku percaya TMMulu mmg menakjubkan! Thanks for sharing your thoughts
salhana says:
Mar 14, 2012
thx for sharing your experiences…Hopefully your dream to reach Mount Kinabalu come true one day….Maybe the next visit to Malaysia…To name 3 must go places in M’sia 1. Mt Kinabalu -wajib 2. Redang/Perhentian Island for snorkeling – I pon tak pernah pegi 3. Kelantan (Food) …setuju, M’sia is unique country…especially the beaches, islands and of course FOOD
when u’ll be leaving M’sia to London?
StayinBandung says:
Mar 30, 2012
Cool artikel and pictures..hmm we have cool place too in Bandung, Indonesia. Please visit us at http://www.stayinbandung.com
^_^
jon says:
Apr 7, 2012
bro,
btol seh.byk lagi tpt kt malaysia ni ak xpegi lg.especially bab pulau2.kalo setakat pulau pangkor ngn langkawi tu ade la.mcm tioman,perhentian,redang….ooohhhh,member2 sume puji tpt2 tu.
1 more thing, gua terbesar di dunia bukan gua niah….tp gua mulu, deer cave, the largest cave passage in the world, sarawak chamber, largest cave chamber in the world.
noya says:
Apr 21, 2012
hi amer. saya saja bloghopping masuk baca blog awak ni. Quite interesting blog you have. well, for me the answer to your question is…
1- Sabah (sudah semestinya!) Bagi saya SABAH is the most interesting place in Malaysia. Sangat rugi kalau tak pergi! Saya start pergi Sabah 2009. And since then every year memang rasa tak complete hidup saya kalau tak pergi Sabah. Everytime saya pergi Sabah mesti at least 2 weeks every year. Itu pon still tak cukup lagi rasanya. hehe Masih banyak lagi tempat yg sgt best untuk diexplore di Sabah. Sabah sangat best kalau awak suka nature. Saya suka sgt drive KK-Sandakan (Sungguh mencabar! No wonder Sabahan loves Hilux! hehe)
2- Kelantan – Since 2008, saya pon rasa Kelantan adalah destinasi wajib untuk saya setiap tahun. Everytime dtg Kelantan mesti saya spend at least 1 week. Kelantanese foods are soooooo sedap!! hehe And Kelantanese culture are so diverse and colourful!
Awak tanya 3 tempat, tapi 2 tempat tu yg saya rasa sgt best kat Malaysia ni. Sesungguhnya hidup saya takkan lengkap rasanya kalau saya tak pergi 2 tempat tu dalam setahun.